Gerakan Harapan Baru–Satu Pemerhatian Awal

Posted on Updated on


1. Kehadiran yang agak mengejutkan sehinggakan Dewan Perniagaan Cina Kelantan penuh hingga ke tempat parking. Indikasi awal menunjukan sokongan amat memberangsangkan. Ramai yang datang sememangkan dari golongan penyokong PAS Kelantan, walau begitu tidak dinafikan ada yang datang sekadar memerhati, mendengar dan melihat sendiri.

2. Ambo datang bersama ustaz-ustaz 40-an dari salah satu kawasan di Guchil, KB datang menyokong GHB. Kije kite pasang telinga apa yang dicakap mereka berkumpul sebelum ceramah. Ramai yang tidak bersetuju dengan cara pemilihan dan cara pembawaan selepas Muktamar akhir-akhir ini. Ramai bertukar posisi disebabkan oleh sikap dan akhlak tidak mencerminkan sisi seorang agamawan. Ringkasnya, ramai tidak bersetuju dengan pemimpin atasan PAS dan bukannya parti itu sendiri.

3. Golongan ustaz ini juga tidak bersetuju dengan langkah membuang sekapal golongan yang yang dilabel “professional” ini. Kata mereka, ia seperti sekolah SMU yang hanya ada pendidik ilmu agama sahaja. Tanya mereka, “siapa pula nak mengajar ekonomi, bahasa, sains, matematik dan lain”. “Takkan aku juga”, kata mereka. Ceritanya, mereka faham keperluan dan kepentingan kepelbagaian ilmu atau pemikiran dalam sesebuah organisasi. Begitulah kelohan mereka.

4. Dengar kata kebanyakan sekolah agama di KB pun sudah 50-50, ada yang masih walaa, ada sudah berubah fikiran. Ramai juga masih berdiam diri, menunggu dan melihat. Masih terlalu awal, baru siri pertama dan ramai masih takut-takut.

5. Ucaptama, Dato Wan Rahim meminta penyokong GHB tidak mengutuk PAS diatas dasar parti, kita tidak bersetuju dengan pimpinan dan bukannya parti itu sendiri.

6. Petang itu, keluarga dikunjungi oleh Dr Hamzah, pengerusi GHB Pahang sebelum bertolak ke ceramah GHB. Katanya langkah kearah perpecahan bukan baru. Ia telah bermula beberapa tahun lepas. Cuma, ia semakin agak ketara akhir-akhir ini. Banyak keputusan parti diperingkat atasan dibuat secara bersendirian dan tidak dimaklumkan kepada AJK-AJK Pusat malahan tidak juga dimaklumkan kepada Dato S/U. Apabila keputusan tidak dimaklumkan, maka ahli bergerak diatas keputusan yang diputusan sebelum itu yang kemudiannya bercanggah dengan keputusan Tuan Presiden. Antaranya Kajang Move, Isu YB Azmin dan YB Azizah, Isu Hudud, Isu pembahagian kawasan Dun semasa PRU, dll. Pertemuaan singkat, namun mendengar sendiri memberi perspeksi berbeza.

7. Jadi bagaimana sebagai sebuah parti yang mempunyai keahlian sejuta lebih mengkoordinasi, menstrategi, menyebar hebahan dan keputusan kepada AJK Pusat dan anggota kerja negeri yang lain jika keputusan dibuat oleh seorang sahaja. Tentulah, koordinasi menjadi pincang dan percaturan yang dijalankan sumbang. Ini adalah parti yang diamanahkan untuk menjaga kestabilan dan keharmonian Negara!

8. Cerita PRU depan dan percaturan PAS, PAS sekarang bersendirian. Hanya ada 2 percaturan yang dilihat, 2 penjuru (PAS bersama BN vs PR 2.0) atau 3 penjuru (PAS vs BN vs PR 2.0).

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s