Unit, sukatan dan agama

Posted on Updated on


Dalam pembelajaran kejuruteraan, unit adalah perkara pertama yang perlu difahami secara jelas. Walaupun secara am nya, unit telah diajar di pelajaran Sains Tingkatan 1 dan kemudiannya pelajaran Fizik Tingkatan 4. Ia nya sering diulang-ulang bagi menunjukan kepentingannya dalam pendidikan. Namun begitu, apabila bekerja sebagai jurutera, barulah aku memahami kepentingannya dalam kehidupan apabila unit memberi signifikasi yang besar dalam rekabentuk, kos, dan skop kerja. Dalam pada masa yang sama, aku melihat signifikasi dalam kehidupan beragama.

Antara unit-unit popular dalam agama adalah qullah, gantang, masa, orang, dan sebagainya. Unit-unit ini memberi signifikasi yang besar dalam menentukan sukatan (standard) dalam penentukan sukatan dalam kehidupan bermuamalat manusia.

Dari Abdullah bin Umar ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Apabila jumlah air mencapai 2 qullah, tidak membawa kotoran.” Dalam lafadz lainnya,”Tidak membuat najis.” (HR Arbaah: Abu Daud, Nasai, Tirmizi dan ibnu Majah)

Sebagai contoh hadis diatas, ia merujuk kepada sukatan isipadu “qullah” yang kemudiannya ditafsirkan dalam sukatan tempatan kuno seperti “rithl Baghdad” (2 qullah = 500 rithl Baghdad) bagi digunakan oleh penduduk setempat Baghdad pada masa itu. Dizaman moden, penggunaan unit liter, meter padu, digunapakai yang kemudiannya merujuk kepada 2 qullah = 270 liter (Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu, Dr Wahbah Zuhaily)

Perbandingan silang

Ulama Islam amat menitik berat dalam penentuan sukatan dan memberi berberapa perbandingan silang. Sebagai contoh (2 qullah = 446 3/7 Rith Mesir = 81 rithl Syam = 500 rithl Baghdad). Namun begitu, mereka bersepakat bahawa kesemua unit-unit tersebut merujuk kepada isipadu yang sama walaupun panggilannya adalah sama (rith). Pada zaman moden kini, contoh yang jelas adalah penggunaan isipadu gallon dimana terdapat 2 jenis unit digunapakai iaitu Us gallon dan Imperial gallon. (100 liter = 26.41 US gallons = 21.99 imperial gallons).

Asas-asas unit jelas memberikan signifikasi yang besar terutama apabila agama beredar dari tempat ke tempat yang berlainan supaya umat tidak keliru. Pemikiran ini kemudianya meyelaras dan mengurus perbezaan pendapat dan pemahaman antara umat.

Ukuran masa seperti Subuh, Zohor, Asar, Magrib, dan Isyak memberi penentuan waktu sembahyang, puasa. Unit berat seperti wasq, gantang digunapakai di dalam ibadat zakat. Apabila seorang Muslim itu tidak memahami sukatan dan ukuran yang betul boleh menyebabkan ibadat yang dilakukan tidak tepat.

Tuhan dan ukuran

Di atas muka bumi ini, tiada suatupun yang terlepas dari ukuran seperti yang difirman dalam Quran:

“Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.” (Qs. Al-Qamar: 49)

telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya.” (Qs. Al-Furqan: 2)

“Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya, dan Kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran tertentu.” (Qs. Al-Hijr: 21)

Keperluan memahami firman ini

Oleh kerana unit merupakan sistem asas dalam memahami segalanya. Tanpa pemahaman yang jelas tentang ukuran, manusia tidak dapat memikirkan dalil-dalil dan bukti yang telah Allah sediakan.

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (Surah Al-Ghasyiyah: Ayat 17)

Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? (Surah Az-Zariyat: Ayat 21).

Itu semua terserah kepada kita untuk memikirkanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s