Rezeki


  • … Rezeki yang Kami berikan kepada mereka. (Tasfir Pimpinan Ar-Rahman, Al-Baqarah, ayat 3).

Rezeki adalah anugerah Allah kepada manusia dan merangkumi segala perkara yang memberi manafaat sama ada secara zahir dan batin. Perkara ini termasuklah perkara yang boleh dinilai seperti harta benda, keluarga, kesihatan, kemajuan, ilmu dan lain. Perkara yang dianugerah secara tidak dirancang iaitu akal, zuriat, gen, . Perkara-perkara yang diperolehi secara tidak disedari seperti nikmat haiwan, tumbuhan, udara, air, cahaya, haba, panca indera, dan lain-lain. Perkara-perkara nikmat seperti gembira, selesa, bahagia, kenyang, dan lain. Perkara-perkara agama seperti taqwa, iman, khusyuk juga merupakan rezeki.

Maka kesemua perkara ini merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia. Maka, disini fahamlah lah kita bahawa maksud rezeki itu amatlah luas. Dijelaskan lagi di dalam surah At-Thaha.

  • …Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu… (Tasfir Pimpinan Ar-Rahman, At-Thaha, ayat 132).