Dasar

Bahasa Melayu vs Bahasa Ingeris : Bahasa pengantar dalam pendidikan Malaysia?

Posted on Updated on


Pada kurun ini, adalah tidak dinafikan Bahasa Ingeris amat penting kerana bahasa ini merupakan bahasa ilmu moden dan perniagaan antarabangsa. Penguasaan bahasa ini amatlah penting untuk dikuasai.

Namun begitu, pendidikan secara umum adalah salah satu perkara asas kepada negara yang mempunyai kadar kemasukan tahunan tingkatan 3 sebanyak 446,203 (2011, MOH).
Malaysia mempunyai seramai 79,254 (2010, MOHE) pelajar yang pelajar luar negara. Dari data ini, kita boleh mencongak sebanyak lebih kurang 19,000 pelajar baru dihantar ke luar negara untuk belajar dan separuh daripada nya dihantar ke negara yang berbahasa Ingeris seperti UK, US dan Australia. Negara lain seperti Indonesia, Japan, Russia, Taiwan, China dan Mesir dianggap menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di universiti.

Daripada data ini, kita boleh beranggapan seramai 10,000 pelajar (setiap sesi tahunan) dihantar ke luar negara yang penduduknya berbahasa Ingeris. Nisbah ini hanyalah merangkumi 2.5% dari jumlah pelajar satu sesi setiap tahun.

Bahasa Ingeris pada masa kini, sememangnya diajar di sekolah-sekolah kerajaan sebagai pelajaran asas. Maka, secara amnya bahasa ini sememangnya telah dipelajari. Masalah pelajar tidak dapat memguasai bahasa, sepatutnya diubahsuai cara pembelajaran, pembawaan guru, dan target sekolah.

Ramai dikalangan pelajar yang tidak dapat menguasai bahasa Ingeris adalah dikalanggan penduduk luar bandar. Adakah kerana kita mahu menjadi pelajar 2.5% ini, maka kita menidakan pendidikan kepada lebih 420,000 pelajar (97.5%) lagi?

Ramai juga cuba menyamakan pendidikan Ingeris di Singapura tetapi ramai lupa bahasa pertama Singapura adalah Ingeris dan bahasa kedua adalah Melayu, Tamil dan Mandarin.

Di Malaysia, bahasa pertama adalah Bahasa Melayu dan bahasa kedua adalah Ingeris. Maka, disini terdapat perbezaan dasar yang amat jelas.